.:: INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA, KUANTAN CAMPUS. KULLIYYAH OF PHARMACY. BATCH RX11's BLOG. TOGETHER WE SERVE THE UMMAH ::.
Showing posts with label batch. Show all posts
Showing posts with label batch. Show all posts

Friday, 21 February 2014

Sister’s Day!!!

 
Last Sunday (16th February 2014), 59 students of rx11 sisters were having a have-fun-day from 9.00 a.m. till 2.30 p.m. at Sungai Pandan @ Sungai Pancing waterfall. It is kinda weird to wake up early in the morning especially on Sunday but with the spirit to strengthen the ukhuwwah between us and to see the beauty of nature at the Sungai Pandan waterfall we ‘purified’ our intention (tajdid niat la konon) to go there.
There were so many exciting activities including swimming, diving, berendaming and of course EATING! :-) We were so lucky because there were expert chefs who are taking pharmacy course in our batch and guess what, we had nasi lemak for breakfast and nasi goreng for lunch...not to forget BBQ.....This nasi lemak was homemade. Delicious! While waiting for the lunch, we played game which was “guess what?” game. In this game one person will present in any way the things that others need to think. If others wrongly guess within one minute, water-splashing will be done to the repsentative person. Unfortunately, no one get the water-splashing punishment.
At the end of our rehlah, our big boss of the programme, Fadhilah Najwa would like to thank to those who were coming and helping in making our programme to become success. *big CLAP* She also hope that ALL the Rx11 sisterians can join for the next programme if there is any. Maybe, sisters from other batch will also be invited so that we can know each batch very well.

The Talking Pictures!
image
Subhanallah. Beautiful right?

image
Say cheese! Rombongan meminang si gadis misteri.
image
Our journey begin….
Rombongan yang tidak pernah putus! Macam semut beratur kan?
image
“Mira, kau rasa jauh lagi ke rumah gadis misteri tu?”---Mia
“Entahlah. Aku dah malas nak jalan ni. Nak posing je.”----Mira
 
image

image
“Turun dalam lagi! Duduk lama-lama dalam tu! Aku nak tengok korang punya otot boleh kejang tak.”----Jannah
“Apalah dosa kami kena rendam pulak…Bila nak sampai rumah gadis misteri macam ni..”---mangsa
image
“Kami dah berendam lama tak jadi apa-apa pun…Ceria gembira lagi.”

Rombongan berhenti beberapa ketika bagi menikmati keindahan alam semula jadi.
 
image
“Buat penat aku je bergaya kat depan ni ha. Korang sedap-sedap je selca.”—Sakinah
image
“Macam ni kawan-kawan, dapur kita tu dari tadi lagi tak keluar asap dia. Jadi, sementara menunggu asap keluar, mehla dengar saya bercerita.”—‘Izzah
image
“Kelakarnya cerita dia….hilang terus lapar aku..”—Fathanah
aye
Nyum nyum…sedapnyeeeee
ati n dija
Nasi lemak! Home made!! Seriouslyyy delicious!!
“Makan cepat2 weh. Kita dah takde masa ni.”--Khadijah
“Ok anak-anak semua, makan kasi habis tau! Tadi lapar sangat.”—Ati @ makcik kantin.
image
“Baik…. makcik!....”
image
“Sekarang semua dah kenyang. Apa kata kita teruskan misi kita?”—Anis
“Strategi kita apa bos?”—Ainul
“Hmmm..apa kata kita berpecah? Ainul, awak jalan sorang-sorang boleh?”---Razinah @ Bos
image
“Erkk..betui ka jalan aku pilih ni? Satgi kang depa tinggai kat aku sorang..”—Ainul
rombongan
Nak sampai dah ni…..
zee n shakirah
“View ni cantik ni nak merakam memori indah bersama….”----Razinah & Shakirah
image
“Peace!!!!”
“Success! Mission Accomplished. What a day!”
image
“Tahniah kerana anda telah Berjaya sampai ke rumah si gadis misteri! Jange jemu date lagi deh..”
image
“Hehe..baru diorang tahu susah senang nak masuk rumah aku!”— Nafilah @ gadis misteri
image
“Takleh jadi nih. Aku rasa dah cukup susah aku buat misi ni untuk diorang. Takpe, NEXT TIME!!”

Thank you for reading. Hope you enjoy! =)

Sunday, 27 January 2013

Tazkirah by The Batch Leader for Maulidur Rasul


Assalamua’laikum warahmatullah.

Alhamdulillah,segala puji-pujian kita panjatkan kepada Rabbul-`a-lamin, Allah yang Maha Esa, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani kerana Dia masih bagi ruang dan kesempatan masa kepada kita untuk hidup dalam keadaan sihat walafiat sehingga saat ini.  Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad sollalahu “alaihiwasallam, ahli keluarga baginda serta para sahabat.

Pertamanya, kehadiran saya di sini telah di `request’ oleh saudara blogger untuk mencoret sedikit tazkirah kepada kita semua bagi mengisi sedikit ruang di kala pertengahan cuti yg panjang ini. Namun, tetap terdetik dalam kotak mindaku, “Allah SWT sangat murka bagi sesiapa yang berkata-kata, tapi dia tidak buat apa yang dia perkatakan” berdasarkan ayat Quran, surah Soff (boleh belek Quran). Setelah difikir-fikir balik, “mungkin mnjadi salah satu tanggungjawab besar ke atas diri ini yang telah dipilih Allah utk jawatan-jawatan tu (sebagaimana yang anda tahulah kan). Sebelum ni, sibuk berleter kat adik-adik (dalam satu program) tentang AMANAH la, pemimpin la dan macam-macam lagi, tapi aku sendiri entah ke mana” detik dalam hati keseorangan. Jadi, mungkin kat bawah ni, saya bawakkan sedikit peringatan yang dipetik dari kuliah-kuliah agama yang telah dilalui sebelum ini.


       Pada saat tulisan ini dilakar, kita semua berada di minggu kedua cuti akhir Sem 1 dan masih berbaki seminggu untuk berada di rumah. Cuba kita renung balik sepanjang 2 minggu sebelum ni, bagaimanakah masa kita terisi..? Adakah dengan perkara berfaedah ataupun lalai dengan permainan-permainan dunia..? Ustaz A pernah pesan kepada kami yang mendengar kuliah tersebut, orang-orang muda zaman ni malas sangat nak belajar dan suka membazir masa. Kalau main bola atau futsal smpai pukul 2-3 pagi. Tapi kalau pergi belajar, tak sampai 10 minit dah jenero (lena). Kalau yang pergi stadium pulak, tengok bola start pukul lepas Isya’, tapi lepas asar dah kena masuk stadium dah. Pergi sana pakai seluar pendek. Dah tu, takkan solat pakai seluar pendek . Jawabnya TAK SOLAT la kan. Ni lah puncanya, semua benda boleh jadi rosak. Sedangkan solat boleh cegah kita daripada buat benda mungkar dan keji. Kalau dah tak solat, semestinya yang lain hanya yang buruk-buruk akan follow belakang. Maka dengan kemungkaran demi kemungkaran berlaku. Titik-titik hitam makin menutupi hati. Maka, bagaimana mugkin ILMU Allah yang bercahaya boleh bertapak di hati telah ditutupi dengan titik-titik itu. 

         Opps silap!! Ni tazkirah untuk budak-budak UIA. Takkan tak solat pulak. Ustaz B jugak ada pesan kepada orang-orang muda, latihlah diri untuk berdamping dengan MASJID untuk SOLAT BERJEMAAH dan hadir MAJLIS-MAJLIS ILMU. Kalau masa muda dah malas2, Percayalah!!! Nanti dah meningkat usia sekalipun, tabiat kita memang akan terus macam tu. Bukan laki-laki  jer perlu ke masjid, kakak-kakak pun sekali la. Kalau kakak-kakak tak pergi surau masa muda-muda ni, nanti dah berumah tangga macam-macam alasan pulak yang akan menyekat kakak ke masjid…, dengan anaknya, dengan kerja rumahnya, dengan kerjayanya dan lain-lain. Tambah ustaz tu lagi, masjid jugaklah tempat kita memburu hidayah dari Allah. Cuba renung maksud ayat daripada surah Taubah, ayat 18 ini…

“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk (hidayah).”


Tapi bagaimana nak dapat HIDAYAH tu?? Tambah Ustaz B, ILMU itu jugaklah yang menjadi sumber kepada dapatnya hidayah daripada Allah. Dan apabila kita telah mengecapi sebahagian daripada hidayah Allah itu, maka pautlah hidayah tersebut dalam jiwa dengan ISTIQAMAH beramal dan sentiasa berDOA kepada Allah agar Allah tidak membalikkan hati kita kembali kepada kesesatan. Amiin…


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ


Ustaz C berpesan kita semua agar tuntutlah ilmu FADHU AIN dengan sebaik mungkin. Dengan harapan sebelum kita meninggal dunia, paling kurang kita dapat menguasai ilmu-ilmu tersebut untuk amalan diri kita sendiri. Tak salah untuk berada dalam bidang ape pun. Tapi ilmu Fardhu Ain itu tu jangan sampai diketepikan. Ilmu TAUHID untuk kita mengenal sape Allah, ilmu Feqah untuk praktikal amal ibadat kita di bumi Allah ini dengan lebih sempurna dan imu TASAWUF untuk memiliki HATI yang betul-betul menuju kepada Allah SWT.


Demikian sahaja yang sempat saya kongsikan pada masa ini. Moga-moga penulisan yang serba kekurangan ni dapat sedikit sebanyak mengingatkan kepada kita sama pembaca meskipun [enulis sendiri tentang MATLAMAT hidup kita yang sebenar di atas muka bumi yang sementara ini. SEMOGA ADA MANFAATNYA.

Sekian =)

# Jadikanlah Al-Quran sebagai peneman

# Selawatlah wahai sahabat, kerana sangatlah besar ganjarannya

#SALAM MAULIDUR RASUL

by: Adli Mustaffha, Batch Leader of Rx11

footnote : Salam Maulidur Rasul to all. Love and selawat for Rasulullah is at all time. Not only on a certain day, isn't it? So, let's together strengthen our bond of love with Allah and Rasulullah. Do what is good, and leave what is bad. #Peace

Monday, 8 October 2012

Futsal Time!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Kaifa hal, guys? Good? Stress? Being zombie enough? Chillax yeah.. =D

Right after classes today, 22 brothers hung out for some futsal playing at Dewan Serbaguna near our place. Yeah. Only 22. The remaining? Biarlah rahsia~~ LOL.

Kereta batch?? =)


We played by ourselves. To tighten our brotherhood, you could say. As I  recall, this was the first event held by brothers as a whole batch. Indeed, there were some games played, inter-batch, inter-course, etc..  yet I don't think that those were the official ones.

Enough with the nagging story-ing.. Let's see some photos taken. Beforehand, I would like to apologize for the poor quality of the photos. Enjoy!!

"Korang dah ready ke nak main ni..?" bak kata klasrep.


Barisan pemain handalan...

"Bila aku nak dapat bola pulak ni...?"

"Awat loqlaq sangat main tu...?"

"Kome ni.. cuba la main elok2 sikit. Aurat kome tu jaga.."

Oleh kerana kehebatan melampau pemain ini, gambar beliau dikaburkan...

"Takde orang lagi beb yang lepas gol aku ni.."

Dah jatuh riak dah tu...

"Saya boleh buat camni..."

"Ada aku kesah..."

"Anak2.. Ni biar ayah tunjukkan cara amek corner dengan betul ye..."


"Pandai main, bayar pun kenalah pandai jugak~~"


"Semat tak buat cani..?"

*Tangan ke dada, mata ke atas...*

WARNING! Don't try this at anyplace at anytime. 

InsyaAllah, if Allah permits, we'll organize more of such events. Throwing some parties, perhaps? o.0

-khalas-

Footnote : Sister bila lagi..?