.:: INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA, KUANTAN CAMPUS. KULLIYYAH OF PHARMACY. BATCH RX11's BLOG. TOGETHER WE SERVE THE UMMAH ::.

Wednesday, 1 June 2016

Sebenarnya you tak kenal diri you sendiri -Dr.Razak

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalammualaikum sahabat sahabat rx 11 yg semuanya dalam rahmat Allah ;)  

Sebab aku rasa benda yg aku dpt ni sgt precious, so i was thinking to share with you guys :) ! (*Aku dah pernah share benda ni dgn beberapa org )

Tahniah, sebab kita dah sama sama tempuh these journey of 4 years, alhamdulillah :) Jauh betul perjalanan rasa nak habiskan undergrad T.T Finally its over, and insyaAllah with all flying colours and happy ending result :) 

Bila dah grad pulak, and like now everyone is so busy, cari retail pharmacy untuk STAR programme, siapkan resume, cari kerja dulu dekat IKOP, aim nak sambung belajar etc. Disebabkan course kita ni banyak jalan, maksudnya, kita boleh pilih nak ke industry ke, hospital, academia, enforcement or retail. 

Bila banyak cabang ni, kita pun confuse jugak kdg kdg nak buat pilihan. Bila kita aim nak settle down as clinical pharmacist, so utk prp ni, maybe kita try cari utk dptkan prp dekat hospital. Kalau kita aim nak bukak retail, and settle down dekat community, so maybe untuk PRP ni kita beria jugak lah cari retail, for all those STAR programme thingy. 

Okay, kenapa la aku membebel pasal benda benda ni.-___- Before all these starts, banyak benda bermain dalam otak aku, like how aku nak end up, nak settle down mcm mana actually. So before exam hari tu aku pun decide nak pegi consult Dr.Razak. Kenapa Dr. Razak ? Tu aku tak dpt nak explain why, dia mcm, instinct aku nak pergi jumpa beliau. Nak kira rapat sgt dgn Dr. pun tak lah, dalam class dia pun mcm byk tido je T.T And aku tahu dia perasan je. Hahahaa. 

So aku ckp la,

'Dr. saya rasa saya tak minat hospital. bla bla bla.. Industry mmg tak minat... Saya rasa saya mcm nak sambung belajar'

And Dr.reply, 

'Sebenarnya, you tak kenal diri u sendiri' 


Aku pun mcm, ye ke Dr. mcm too early je to judge (masa ni dalam hati la) Dari lenggok aku bercerita, gaya bahasa, cara aku sampaikan,Dr. dapat detect aku tak kenal diri aku. Dia cakap lebih kurang la, aku paraphrase sikit sikit :p 

Dia kata, 

'ye ke u tak minat hospital ? u kena cari, betul ke u tak minat, or sebenarnya ada faktor luaran. ni la masalah student, mostly u all tak kenal diri sendiri. Tengok org sambung belajar, kita pun nak sambung belajar, tengok orang bukak farmasi, kita pun rasa nak bukak farmasi'
 

And untuk pengetahuan korang, aku borak borak dgn Dr. dalam 3 jam tu, penuh dengan persoalan Dr. yang membuatkan aku banyak berfikir, and like, aah la, aku tak kenal diri aku sendiri.

So aku tanya la, mcm mana saya nak kenal diri sendiri Dr ? 

'U kena tgk dalam hidup you, bila ada benda benda yg extreme dtg, let say, it is ujian or happiness, mcm mana u react. Then u akan dpt tahu u sebenarnya mcm mana ? u sebenarnya siapa. Diri you sendiri tu la sebenarnya yg ada ultimate strength, selama ni, u tak dpt nak keluarkan kekuatan diri u sendiri, sbb u hidup dgn menjadi org lain'

Satu lagi cara cepat nak kenal diri sendiri ialah, tak boleh ada denial. Jangan menafikan benda yg kita sebenarnya sgt sgt nak. Tapi kita tak express, mungkin sebab malu dgn org lain, or terikut ikut org lain or any other possible factors. 

Dr cakap jugak, salah satu cara lagi untuk mengenal diri sendiri, ialah dengan tanya musuh musuh kita. Musuh ni, em, bukanlah musuh. Dia mcm, dalam kalangan kawan kawan kita, akan ada org yg asyik tak sependapat je dgn kita. Kira mcm tak ngam la. Asyik bertelagah, kira kalau opinion tu sokmo contradict, Dr. kata, tanya org org mcm ni, untuk u kenal diri u sendiri. 

Dr. Razak tanya aku, u ada best friend ? Hm, ada la jugak. Dr. kata, tanya best friends kita, kita ni org yg mcm mana. Contohnya, kalau dalam situation this and this, kau rasa aku boleh survive tak ? (tanya best friend kita, opinion dia) bagi certain situation. 

Jangan tanya direct question. Contoh, Abu, kau rasa aku ni org yg mcm mana ? 

Tapi tanya indirect, contoh, contoh la eh. Abu, kau rasa aku boleh  ke eh handle patient everyday kat hospital mcm ni ? So nanti Abu ni akan explain opinion dia, and dia akan indirectly keluar kan kita punya values, yg sometimes kita tak tahu dan tak nampak.

Last before aku keluar, aku ckp la, dr.mcm mana kita nak tahu kita yg kita DAH kenal diri sendiri ? 

'cara u ckp, masa tu akan lain, kalau u dah kenal diri u sendiri' 

Disebabkan consultation aku dgn Dr.Razak, bila aku balik, mmg aku fikir habis habis. Aku nak apa ? Aku ni org yg mcm mana ? Berhari hari jugak la aku duk kat bilik tu, perah otak, ingat balik important life events. Apa benda yg interesting dekat academic/hospital/industry/retail? Tanya diri sendiri. Buat mind map every setting tu, and sesuaikan dengan behaviour diri sendiri. Tak lupa, tanya kawan kawan, tanya org yg kita rasa dia kenal kita.


I found out it was very crucial utk kenal diri sendiri. Daripada statement, 'aku RASA aku nak sambung belajar', and i finally able to say 'AKU MMG NAK SAMBUNG BELAJAR'. 


So my advice utk kita semua, kenal diri sendiri. If not, kita akan ada tendency untuk buat dek kerana terikut ikut step orang lain. Kita dah cukup besar, dah cukup matang, takkan la kita yg hidup dgn jasad dan roh kita selama 24 tahun ni, kita sendiri tak mampu nak kenal diri kita sendiri T.T 

Kita rasa mcm kita kenal, sebenarnya kita tak. 

And penting sgt bila kita kenal diri sendiri, kita boleh keluarkan maximum potential kita dalam field tu, and boleh menyumbang dengan sangat baik. Kita tak hidup dalam kepompong orang lain. 

Bila dah besar ni, moga kita semua banyakkan istikharah, moga Allah bantu kita untuk buat keputusan. Sebab at this age, at this phase, banyak sgt keputusan besar besar yg kita nak kena buat. 

Mudah mudahan dengan istikharah, gerak hati kita yakin dengan pilihan yg kita buat, dan kita takkan menyesal. Sebab kita dah letak tawakkal kita tadi melalui istikharah.


Last advice Dr.Razak, 

'bila u plan something, yes mmg la u plan, tapi u always kena ingat, perancangan Allah tu yg terbaik, so whatever happen nanti, u takkan kecewa'


Moga Allah bantu kita semua, moga semua org berjaya dgn pilihan masing masing. Berjaya dalam jalan hidup masing masing. Jalan yg kita pilih setelah kita kenal diri kita sendiri. InsyaAllah :') 


Terima kasih Dr. Razak. Sebab menjadi asbab untuk aku nampak jalan hidup aku :) 
 
 

No comments: