Assalamua’laikum warahmatullah.
Alhamdulillah,segala
puji-pujian kita panjatkan kepada Rabbul-`a-lamin, Allah yang Maha Esa, Maha
Pemurah lagi Maha Mengasihani kerana Dia masih bagi ruang dan kesempatan masa kepada
kita untuk hidup dalam keadaan sihat walafiat sehingga saat ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar
kita Nabi Muhammad sollalahu “alaihiwasallam, ahli keluarga baginda serta para
sahabat.
Pertamanya, kehadiran saya
di sini telah di `request’ oleh saudara blogger untuk mencoret sedikit tazkirah kepada
kita semua bagi mengisi sedikit ruang di kala pertengahan cuti yg panjang ini.
Namun, tetap terdetik dalam kotak mindaku, “Allah
SWT sangat murka bagi sesiapa yang berkata-kata, tapi dia tidak buat apa yang dia
perkatakan” berdasarkan ayat Quran, surah Soff (boleh belek Quran). Setelah
difikir-fikir balik, “mungkin mnjadi
salah satu tanggungjawab besar ke atas diri ini yang telah dipilih Allah utk
jawatan-jawatan tu (sebagaimana yang anda tahulah kan). Sebelum ni, sibuk
berleter kat adik-adik (dalam satu program) tentang AMANAH la, pemimpin la dan
macam-macam lagi, tapi aku sendiri entah ke mana” detik dalam hati
keseorangan. Jadi, mungkin kat bawah ni, saya bawakkan sedikit peringatan yang
dipetik dari kuliah-kuliah agama yang telah dilalui sebelum ini.
Pada saat tulisan ini dilakar, kita semua berada di minggu kedua cuti
akhir Sem 1 dan masih berbaki seminggu untuk berada di rumah. Cuba kita renung
balik sepanjang 2 minggu sebelum ni, bagaimanakah masa kita terisi..? Adakah dengan
perkara berfaedah ataupun lalai dengan permainan-permainan dunia..? Ustaz A pernah
pesan kepada kami yang mendengar kuliah tersebut, orang-orang muda zaman ni
malas sangat nak belajar dan suka membazir masa. Kalau main bola atau futsal
smpai pukul 2-3 pagi. Tapi kalau pergi belajar, tak sampai 10 minit dah jenero
(lena). Kalau yang pergi stadium pulak, tengok bola start pukul lepas Isya’, tapi
lepas asar dah kena masuk stadium dah. Pergi sana pakai seluar pendek. Dah tu,
takkan solat pakai seluar pendek . Jawabnya TAK SOLAT la kan. Ni lah puncanya, semua benda boleh jadi rosak.
Sedangkan solat boleh cegah kita daripada buat benda mungkar dan keji. Kalau
dah tak solat, semestinya yang lain hanya yang buruk-buruk akan follow
belakang. Maka dengan kemungkaran demi kemungkaran berlaku. Titik-titik hitam
makin menutupi hati. Maka, bagaimana mugkin ILMU Allah yang bercahaya boleh
bertapak di hati telah ditutupi dengan titik-titik itu.
Opps silap!! Ni tazkirah untuk
budak-budak UIA. Takkan tak solat pulak. Ustaz B jugak ada pesan kepada
orang-orang muda, latihlah diri untuk berdamping dengan MASJID untuk SOLAT
BERJEMAAH dan hadir MAJLIS-MAJLIS ILMU. Kalau masa muda dah malas2, Percayalah!!! Nanti dah meningkat usia
sekalipun, tabiat kita memang akan terus macam tu. Bukan laki-laki jer perlu ke masjid, kakak-kakak pun sekali
la. Kalau kakak-kakak tak pergi surau masa muda-muda ni, nanti dah berumah
tangga macam-macam alasan pulak yang akan menyekat kakak ke masjid…, dengan
anaknya, dengan kerja rumahnya, dengan kerjayanya dan lain-lain. Tambah ustaz
tu lagi, masjid jugaklah tempat kita memburu hidayah dari Allah. Cuba renung
maksud ayat daripada surah Taubah, ayat 18 ini…
“Hanyasanya yang layak memakmurkan
(menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada
Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan
tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut)
maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk (hidayah).”
Tapi bagaimana nak dapat HIDAYAH tu?? Tambah Ustaz B, ILMU itu
jugaklah yang menjadi sumber kepada dapatnya hidayah daripada Allah. Dan
apabila kita telah mengecapi sebahagian daripada hidayah Allah itu, maka
pautlah hidayah tersebut dalam jiwa dengan ISTIQAMAH beramal dan sentiasa berDOA
kepada Allah agar Allah tidak membalikkan hati kita kembali kepada kesesatan. Amiin…
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Ustaz C berpesan kita
semua agar tuntutlah ilmu FADHU AIN
dengan sebaik mungkin. Dengan harapan sebelum kita meninggal dunia, paling
kurang kita dapat menguasai ilmu-ilmu tersebut untuk amalan diri kita sendiri.
Tak salah untuk berada dalam bidang ape pun. Tapi ilmu Fardhu Ain itu tu jangan
sampai diketepikan. Ilmu TAUHID untuk kita mengenal sape Allah, ilmu Feqah
untuk praktikal amal ibadat kita di bumi Allah ini dengan lebih sempurna dan
imu TASAWUF untuk memiliki HATI yang betul-betul menuju kepada Allah SWT.
Demikian sahaja yang sempat saya
kongsikan pada masa ini. Moga-moga penulisan yang serba kekurangan ni dapat
sedikit sebanyak mengingatkan kepada kita sama pembaca meskipun [enulis sendiri
tentang MATLAMAT hidup kita yang sebenar di atas muka bumi yang sementara ini.
SEMOGA ADA MANFAATNYA.
Sekian =)
# Jadikanlah Al-Quran sebagai peneman
# Selawatlah wahai sahabat, kerana
sangatlah besar ganjarannya
#SALAM MAULIDUR RASUL
by: Adli Mustaffha, Batch Leader of Rx11
footnote : Salam Maulidur Rasul to all. Love and selawat for Rasulullah is at all time. Not only on a certain day, isn't it? So, let's together strengthen our bond of love with Allah and Rasulullah. Do what is good, and leave what is bad. #Peace
No comments:
Post a Comment