.:: INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA, KUANTAN CAMPUS. KULLIYYAH OF PHARMACY. BATCH RX11's BLOG. TOGETHER WE SERVE THE UMMAH ::.

Sunday, 8 June 2014

''Akak, apa perasaan nak grad eh ?''



Hai Assalammualaikum.

Warning : This post would be a bit lengthy. Hihi.

First thing first, to make things clear, I'm not Nazrin Syafiq :p With all his superb english (Y). And of course, my way of writing would be a bit different from him. Maaflah, tak mampu nak tiru ke 'awesome' an dia. Kehkeh. So i'll update this in bahasa. Just a short intro in english. (Aku rasa budak batch kita takde yg international so takde masalah lah nak faham bahasa melayu kan? Heee :3)


Alhamdulillah, alhamdulillah syukur kepada Allah, kerana kita diberi kekuatan. Kekuatan  yg maha dewa kot, bila boleh habiskan exam week yg sangat hectic. Bila boleh jawab exam dalam keadaan sihat walafiat, bila Allah mudahkan untuk kita faham, bila kita boleh habiskan nota cvs dalam masa sehari semalam -_- Hihi Tahniah semuaaa :D


Dan pejam celik pejam celik, dah dua tahun dah kita berzombie dekat KOP tu. Like seriusly dua tahun, and we got another two years, half way to go, masyaAllah cepatnya lah masa kan ? Bila ditanya kepada salah sorang senior yg bakal bergraduasi sem ni,


''Akak, apa perasaan nak grad eh ?''

''Ya Allah, happy sangat sangat, manisnya perasaan tu kan, sampai kita dah tak ingat dah segala susah payah kita empat tahun tu, segala penat lelah, ada yg quiz almost everyday nya, penat pergi hospitalnya, kita dah tak ingat dah semua tu :)''

And she continued with,

''Macam tu jugak lah, nanti bila dekat syurga, manisnya, indahnya perasaan kita waktu tu, sampai kita tak ingat dah jerit perih, susah payah kita dekat dunia ni :)) ''


Seronok tau ada sahabat, yang sentiasa mengingatkan kita tentang Allah, tentang hari akhirat. Dalam borak borak, sembang sembang biasa pun, boleh jadi pengisian rohani. Alhamdulillah, Allah kurniakan sahabat mcm ni :)


And indeed, to respond to her statement, indahnya syurga, sehingga kita tak mampu nak bayangkan dengan batasan ilmu dan akal yg Allah beri. Tapi Allah ceritakan semuanya dalam Quran, supaya hamba hambaNya boleh menggambarkan, dan berkejar kejar untuk ke sana :')


“Sesungguhnya Allah memasukkan orang – orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh kedalam syurga – syurga yang dibawahnya mengalir sungai – sungai. Di Syurga itu mereka di beri perhiasan dengan gelang – gelang dari emas dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera.”           ( QS. Al-Hajj no. 23 )


“Sesungguhnya orang – orang yang bertaqwa itu didalam taman – taman dan di sungai – sungai, ditempat yang disenangi di sisi (Rabb) Yang Maha Perkasa.” ( QS. Al-Qomar : 54-55)


Dan takkan lah syurga yg serba indah tu, yang diciptakan oleh Allah yang Maha Indah, senang senang je untuk kita dapat tanpa kita bersusah payah di dunia T__T Sesuatu yang mahal, juga perlu dibayar dengan harga yang mahal. Dan untuk mengejar syurga yang luar biasa indah itu, kita tak boleh sekadar jadi muslim yang biasa biasa.


Dari Anas bin Malik,ia berkata,Rasulullah bersabda:”…Kalaulah seorang wanita penduduk Syurga menampakkan dirinya kepada penduduk dunia,nescaya dia akan menerangi antara keduanya dan bumi akan penuh dengan wangian. Dan sungguh, penutup kepalanya lebih baik daripada dunia dan sisinya.” (HR.Al-Bukhari)



Setiap orang tu kan, jihadnya berbeza. Ada yang merasakan begitu payah untuk dirinya menunaikan solat. Ada juga yang merasakan, payahnya lah hai nak solat jemaah. Ada juga yang tak rasa payah untuk solat, tapi ada masalah untuk menutup aurat dengan sempurna. Dan ada juga yang rasa tiada masalah nak menutup aurat, tapi susah pula baginya untuk menahan diri dari mengumpat dan sebagainya. 



In short, setiap orang, ada strugglenya sendiri. Ada masalah sendiri, bila mana dirinya berperang dengan jiwa raganya, antara iman dan nafsu, antara nak tinggalkan atau nak buat apa yang Allah suruh dan larang. 


Saya sedang bercakap dengan diri sendiri, dan mengajak sahabat sahabat semua untuk teruslah berjuang, teruslah bersusah payah untuk mengejar syurga yang indah. Semakin kita rasa susah dalam melakukan sesuatu, semakin manis kita rasa, bila kita tuai hasilnya :')



Setiap orang bertatih dalam menyelesaikan belenggu masing masing. Dan katakanlah bila dah mula buat baik, ada masalah pula nak istiqamah T___T Dan saat itulah kita rasa iman kita benar benar diuji oleh Dia. Kerana apa ya, ya sungguh, kerana syurga itu bukan mudah.







Teruslah mencari ilmu, teruslah belajar supaya kita  tahu apa yang patut dan apa yang tak patut untuk kita buat sebagai hamba dan khalifah Allah. Supaya kita tak mati rasa. Mati rasa tu apa ya ?


Maksudnya jangan sampai bila kita berbuat dosa, kita dah tak rasa yang ianya dosa, kita dah tak resah tatkala buat benda yang salah. Kalau dah tak rasa yang ianya salah, jauh sekali lah nak bermujahadah. Allahu T.T Moga dijauhkan dan moga Allah lindungi, berkati kita semua dunia akhirat, insyaAllah. 


Thank you for reading, dan selamat memanfaatkan cuti tiga bulan :)












No comments: