Kemeriahan beraya di bulan Syawal ini haruslah dikongsi bersama. Kunjungan ke rumah sanak saudara, jiran tetangga mahupun sahabat se-batch amatlah digalakkan. =)
So, this time I would like to share apa yang telah sahabat2 kita lakukan di hari raya ini. Sikit je gambar tapi kemeriahan dan suasana raya itu yang penting.
Kiriman : Fazira Rashid
Location : Kedah (rasanya la..)
Description : Gambar ni gambar sepupu dia rasanya. Zaman berubah seiring kemajuan IT. Kalau dulu main konda kondi je, sekarang main Temple Run 2. haha..
Fazira kata, "Aku kalau dulu jumpa sepupu maen tomtombak, sekarang depa main stylus pen samsung.." Note : Haraf maaf. Dalam gambar tu bukan Fazira.. (rasanya la..) |
Kiriman : Abi Judeen
Location : Kelantan
Description : Depa ni beraya sakan. Dari satu rumah ke rumah sahabat se-batch yang lain. Duit raya tak mintak ke?? haha. Depa mula2 berjalan ke rumah Sharul, pastu ke rumah Abi Judeen, ke rumah terbuka kerajaan negeri Kelantan, ke rumah kak Izzah, ke rumah Razienah, ke rumah Huda Amri, and lastly ke rumah Adli.. SAKAN BERAYA!!!
Rumah Sharul
"Amboi Adli.. Tenung air tu macam tak penah minum air plak.. Biasa2 je air ni.." usik Sharul "Aku tak penah lagi rasa air kat rumah RM 2 juta ni.. hehe" balas Adli |
"Best gak duduk kat ruang tamu rumah RM 2 juta ni.." monolog Abi |
Selepas rumah Sharul, depa ni pergi rumah Abi. Tapi depa tak ambil gambar. Mungkin rumah orang kaya2 ni susah nak ambil gambar kot.. haha
Rumah Terbuka Kerajaan Negeri
Majlis Hari Raya Siswazah anjuran Kerajaan Negeri Kelantan di Kelantan Trade Centre |
Letih sakan beraya Sharul ni.. Tertido terus.. |
Rumah Razienah
"Senyum lebar2 Zie. Nak masuk blog ni. Buat macam aku ni.." senyum Kak Izzah |
bumbleBER beraksi.. Kereta batch di mana sahaja utk anda. Perlukan tempahan kereta? Call Adli.. =) |
Rumah Huda Amri
Dengar cerita, ruang makannya luas.. =) |
Rumah Batch Leader, Adli
Meriah betul gamaknya.. Seronok bila sahabat se-batch kita berdekatan dan boleh saling mengunjungi di hari raya. Ikatan ukhuwah kita InsyaAllah akan berterusan disulamkan dengan rasa kasih dan sayang terhadap sahabat kerana Allah.
notakaki: Dah besar2 ni, nak duit raya pun segan.. And one more thing, bila dah kenal sahabat2 dekat je dengan rumah kita, baru lah kita sedar.. "La.. Ni ke rumah ko.. tak tau pun. Padahal selalu lalu.. hihi" Indahnya bersahabat..
No comments:
Post a Comment