.:: INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA, KUANTAN CAMPUS. KULLIYYAH OF PHARMACY. BATCH RX11's BLOG. TOGETHER WE SERVE THE UMMAH ::.

Tuesday, 6 August 2013

Salam Lebaran 1434H

Bismillahirrahmanirrahim..

Tirai Ramadhan bakal dilabuhkan. Sayu hati apabila detik kian deras menghampiri akhirnya Ramadhan. Segala amalan dan usaha yang dilakukan dalam bulan barakah ini kita panjatkan ke hadratNya agar pengampunan total atas tadahan taubat yang kita unjurkan, dengan harapan segalanya diterima. Moga Allah jodohkan lagi kita dan Ramadhan pada tahun-tahun mendatang. InsyaAllah..

#amiiin

Anak bulan Syawal pula bakal menjelma, menandakan bahawa kita di selekoh kejayaan yang kita hadapi dalam bulan sebelumnya.


InsyaAllah, khamis ini kita akan menyambut tibanya Aidilfitri dengan suasana sederhana dan kegembiraan. Di samping juadah dan serba serbi baru yang kita punyai, jangan pula kita lupakan pada mereka2 yang berada dalam linangan air mata menangisi kesedihan sendiri. Pemergian insan tersayang, yang lama mahupun baru berlalu, amat perit, namun hidup harus kita teruskan.

Dan paling bermakna apabila saudara2 kita di negara Islam yang lain (Palestin, Syria, Mesir, dll) turut kita panjatkan doa kesejahteraan buat mereka. Mereka amat beruntung kerana bahawasanya ujian yang Allah timpakan pada mereka membuatkan mereka lebih kuat dan dekat dengan Allah Maha Pencipta.

#syukur


Maka, seharusnya di Malaysia ini, kita bersederhanalah dalam apa jua keadaan. Di kesempatan ini jua, saya kongsikan beberapa tips sempana Aidilfitri ini..

1. Bawa kenderaan dengan berhati-hati. Ingatlah orang yang tersayang
2. Main mercun tu elok2. haha
3. Kalau korang tak minat main mercun, main la bunga api je. Apa2 pon, sentiasa berwaspada ketika bersuka ria
4. Hilangkan sengketa, eratkan silaturrahim
5. Bagi yang balik ke kampung halaman, pastikan pintu rumah anda selamat dikunci. Kita tak nak dah ada orang 'beraya' dulu kat rumah kita sebelum kita sampai kan...?
6. Bagi kak2 Bedah dan kak2 Joyah, Aidilfitri bukan untuk kita tunjukkan emas sampai ke lengan, buka aurat sana sini dan sebagainya. Berhari rayalah di atas landasan syariat
7. Makan dengan sederhanalah. Jangan duk perabih dan siap tapau rendang & lemang rumah orang lain.
8. Jangan 'pau' duit raya rumah orang. Kalau dapat, bersyukur walau apa jua nilainya. Jangan duk buka sampul duit depan2 tuan rumah sambil cakap, "SINGGIT JE...!!" Kesian tuan rumah..

Itu sahaja rasanya.


Akhir kalam, saya ADMIN BLOG ini ingin mengucapkan SALAM AIDILFITRI buat semua saudara saudari Muslimin Muslimat walau di mana jua anda berada. Pohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan diri ini di sepanjang mengendalikan blog ini. =)

notakaki: Edisi Lebaran ini semuanya dalam bahasa Melayu ye...

No comments: