.:: INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA, KUANTAN CAMPUS. KULLIYYAH OF PHARMACY. BATCH RX11's BLOG. TOGETHER WE SERVE THE UMMAH ::.

Sunday 11 August 2013

Sepusing Raya Rx11

Bismillahirrahmanirrahim..

Kemeriahan beraya di bulan Syawal ini haruslah dikongsi bersama. Kunjungan ke rumah sanak saudara, jiran tetangga mahupun sahabat se-batch amatlah digalakkan. =)


So, this time I would like to share apa yang telah sahabat2 kita lakukan di hari raya ini. Sikit je gambar tapi kemeriahan dan suasana raya itu yang penting.

Kiriman : Fazira Rashid
Location : Kedah (rasanya la..)
Description : Gambar ni gambar sepupu dia rasanya. Zaman berubah seiring kemajuan IT. Kalau dulu main konda kondi je, sekarang main Temple Run 2. haha..

Fazira kata, "Aku kalau dulu jumpa sepupu maen tomtombak, sekarang depa main stylus pen samsung.."
Note : Haraf maaf. Dalam gambar tu bukan Fazira.. (rasanya la..)

Kiriman : Abi Judeen
Location : Kelantan
Description : Depa ni beraya sakan. Dari satu rumah ke rumah sahabat se-batch yang lain. Duit raya tak mintak ke?? haha. Depa mula2 berjalan ke rumah Sharul, pastu ke rumah Abi Judeen, ke rumah terbuka kerajaan negeri Kelantan, ke rumah kak Izzah, ke rumah Razienah, ke rumah Huda Amri, and lastly ke rumah Adli.. SAKAN BERAYA!!!

Rumah Sharul
"Amboi Adli.. Tenung air tu macam tak penah minum air plak.. Biasa2 je air ni.." usik Sharul
"Aku tak penah lagi rasa air kat rumah RM 2 juta ni.. hehe" balas Adli
"Best gak duduk kat ruang tamu rumah RM 2 juta ni.." monolog Abi
Selepas rumah Sharul, depa ni pergi rumah Abi. Tapi depa tak ambil gambar. Mungkin rumah orang kaya2 ni susah nak ambil gambar kot.. haha

Rumah Terbuka Kerajaan Negeri
Majlis Hari Raya Siswazah anjuran Kerajaan Negeri Kelantan
di Kelantan Trade Centre

Letih sakan beraya Sharul ni.. Tertido terus..
Gambar di rumah kak Izzah tidak diambil sebab kamera tertinggal dalam kereta, katanya. (ke ayahnya Kak Izzah garang sangat.. Opps!!)

Rumah Razienah
"Senyum lebar2 Zie. Nak masuk blog ni. Buat macam aku ni.." senyum Kak Izzah

"Takyah susah2 le Zie oi.. Kitorang ni dah kenyang sangat ni." kata Kak Izzah
"Eh!! Tak susah pon. Hari ni Zie masak Mee goreng untuk korang..."
"Mee goreng??!! Kat rumah sebelum2 ni pon mee goreng gak. Adoyai.." monolog Kak Izzah

bumbleBER beraksi.. Kereta batch di mana sahaja utk anda.
Perlukan tempahan kereta? Call Adli.. =)
Rumah Huda Amri
Dengar cerita, ruang makannya luas.. =)

Rumah Batch Leader, Adli

Meriah betul gamaknya.. Seronok bila sahabat se-batch kita berdekatan dan boleh saling mengunjungi di hari raya. Ikatan ukhuwah kita InsyaAllah akan berterusan disulamkan dengan rasa kasih dan sayang terhadap sahabat kerana Allah.

notakaki: Dah besar2 ni, nak duit raya pun segan.. And one more thing, bila dah kenal sahabat2 dekat je dengan rumah kita, baru lah kita sedar.. "La.. Ni ke rumah ko.. tak tau pun. Padahal selalu lalu.. hihi" Indahnya bersahabat..

Tuesday 6 August 2013

Salam Lebaran 1434H

Bismillahirrahmanirrahim..

Tirai Ramadhan bakal dilabuhkan. Sayu hati apabila detik kian deras menghampiri akhirnya Ramadhan. Segala amalan dan usaha yang dilakukan dalam bulan barakah ini kita panjatkan ke hadratNya agar pengampunan total atas tadahan taubat yang kita unjurkan, dengan harapan segalanya diterima. Moga Allah jodohkan lagi kita dan Ramadhan pada tahun-tahun mendatang. InsyaAllah..

#amiiin

Anak bulan Syawal pula bakal menjelma, menandakan bahawa kita di selekoh kejayaan yang kita hadapi dalam bulan sebelumnya.


InsyaAllah, khamis ini kita akan menyambut tibanya Aidilfitri dengan suasana sederhana dan kegembiraan. Di samping juadah dan serba serbi baru yang kita punyai, jangan pula kita lupakan pada mereka2 yang berada dalam linangan air mata menangisi kesedihan sendiri. Pemergian insan tersayang, yang lama mahupun baru berlalu, amat perit, namun hidup harus kita teruskan.

Dan paling bermakna apabila saudara2 kita di negara Islam yang lain (Palestin, Syria, Mesir, dll) turut kita panjatkan doa kesejahteraan buat mereka. Mereka amat beruntung kerana bahawasanya ujian yang Allah timpakan pada mereka membuatkan mereka lebih kuat dan dekat dengan Allah Maha Pencipta.

#syukur


Maka, seharusnya di Malaysia ini, kita bersederhanalah dalam apa jua keadaan. Di kesempatan ini jua, saya kongsikan beberapa tips sempana Aidilfitri ini..

1. Bawa kenderaan dengan berhati-hati. Ingatlah orang yang tersayang
2. Main mercun tu elok2. haha
3. Kalau korang tak minat main mercun, main la bunga api je. Apa2 pon, sentiasa berwaspada ketika bersuka ria
4. Hilangkan sengketa, eratkan silaturrahim
5. Bagi yang balik ke kampung halaman, pastikan pintu rumah anda selamat dikunci. Kita tak nak dah ada orang 'beraya' dulu kat rumah kita sebelum kita sampai kan...?
6. Bagi kak2 Bedah dan kak2 Joyah, Aidilfitri bukan untuk kita tunjukkan emas sampai ke lengan, buka aurat sana sini dan sebagainya. Berhari rayalah di atas landasan syariat
7. Makan dengan sederhanalah. Jangan duk perabih dan siap tapau rendang & lemang rumah orang lain.
8. Jangan 'pau' duit raya rumah orang. Kalau dapat, bersyukur walau apa jua nilainya. Jangan duk buka sampul duit depan2 tuan rumah sambil cakap, "SINGGIT JE...!!" Kesian tuan rumah..

Itu sahaja rasanya.


Akhir kalam, saya ADMIN BLOG ini ingin mengucapkan SALAM AIDILFITRI buat semua saudara saudari Muslimin Muslimat walau di mana jua anda berada. Pohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan diri ini di sepanjang mengendalikan blog ini. =)

notakaki: Edisi Lebaran ini semuanya dalam bahasa Melayu ye...